Macam ni saya mengaku saya seorang pendosa kerana dulu masa saya umur 18Tahun saya telah melahirkan seorang anak perempuan

Salam admin. Saya guna fb fake sebab nak tutup identiti saya.. saya nak pencerahan dan pendapt bagi semua. Macam ni saya mengaku saya seorang pendosa kerana dulu masa saya umur 18Tahun saya telah melahirkan seorang anak perempuan luar nikah brsama bekas kekasih saya.

Anak prempuan saya tu telah diserahkan pada family angkat pda hari ke2 dia dilahirkan. Dan saya pun diminta putus hubungan dengan anak prempuan saya tu.

Saya  terpakse trima sebab family angkat anak saya tolong bersetuju untuk bayar sgala denda mahkamah yang dikenakan pada saya kerana lahir anak luar nikah. Persoalan saya.

Saya cuma nak tahu adakah anak perempuan saya tu besok bila dia nak kahwin.. Dia akan perlukan ayah sebenar dia untuk walikan dia atau dia boleh pakai wali hakim?

sebab saya kalau boleh memang tak nak ada kaitan lagi dengan ayahnya selepas 10TAHUN saya memang tak contact lnsung! Tu janji diri saya dan saya juga takkan jumpa anak prempuan saya selepas saya serah je pada family angkatnye yang agak berada dan mampu mnjaganya..

Psal perasaan sayang ke taksayag ke. kejam ke. Biar Allah je tahu dan nilai sndri pada saya. Saya da serah pada Allah. Lama dah. saya pun da ada family yang sah sekarang dan bahagia dengan suami dan anak saya sekarang.

cuma saya nak tahu WAJIB ke dia berwali kan ayah dia atau tak guna wali ayah dia pun takpe? Walaupun dia baru 10 Tahun tapi saya nak tahu awal supaya saya rasa lega dan tenang.

Saya memang takkan ada kene mengena lagi dengan anak perempuan saya tu dan saya tak perlu bagitahu siapa ayah sebenar dia nanti untuk dia cari.. Hope takde kecaman.. Tq admin jika tlg saya siarkan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top