Assalamualaikum min dan warga krt, tolong hide profile saya, saya takde tempat nak meluah apa yang terbuku dalam hati saya ni.
Ceritanya saya isteri kedua anak 4 sekarang saya tak tahu nak cakap apa lagi bila suami saya macam tak kesah je pasal tanggungjawab dia sebulan boleh kira dia belanja hanya sekali dalam sebulan.
lepastu tak bagi nafkah alasan nya belum dapat2 duit last dia bagi 1k bulan januari tu masa dia terimah duit bantuan, lepastu bulan2 sewah saya yang bayar lepastu kereta ccm saya yang bayar susu pampers saya selalu yang belih belanja dapur,
saya sedih lah bila saya bersuara suami akan cakap macam je dia tak perna bagi saya duit, ya Allah hari2 saya stress dalam keadaan berbadan dua ni mana lagi saya promot jualan saya jadi dropship itu je saya mampu buat sekarang msim pendemik ni..
kalau takde saya jual online saya takkan dapat duit untuk tempung anak saya susu syukur ada lagi mak pakcik bantu saya bagi duit sikit2 suami tak bagi langsung alasan takde duit.
habistu anak kami 4 orang ni dia tak fikir ke!!! Saya tahu saya isteri kedua tapi jangan lah buat saya macamni saya pun isteri sah dan punya hak yang sama dengan isteri pertama jangan buat saya fikir bukan2 kat sana je dibagi belanja!!
Allahu bila saya nak minta dilepaskan suami tak nak apa yang dia nak sebenarnya.. saya tahu kami ramai anak dan saya boleh tanpa dia tapi dia ugut saya macam2 sayang tu memang sayang
tapi hati ni bila difikir balik apa yang dia buat saya selalu fikir dia betul2 tak berusaha untuk kami alasan dia banyak hutang,
takkan lah dalam sebulan tu saya belih susu untuk anak 3 orang ni selang 2 hari belih selang 2 hari belih saya pun belih skincare takda.
Saya tahu bila saya meluah sebagai isteri kedua akan ramai yang kecam.. terimah ksih yang bagi pandangan positif.
</span;></span;></span;>