Ceritanya sebelum ni saya sering sahaja menangis mengungkit kesilapannya yang pernah curang sebanyak 2 kali dengan perempuan yang sama yang juga isteri org

Assalamualaikum admin. Terima kasih kerana sudi siarkan kisah saya. Mohon hide profile saya.  Saya ingin bertanya pada semua, berdosa ke saya sebagai isteri bila sang suami mula tak redha dengan isteri walaupun isteri dah laksanakan tanggungjawabnya seperti memasak, solat 5 waktu, mengaji, menutup aurat, dan menunaikan nafkah b4tin.

Suami saya ada pernah bagitahu saya, yang dia rasa dia dah mula tak redha dengan saya. Ceritanya sebelum ni saya sering sahaja menangis mengungkit kesilapannya yang pernah curang sebanyak 2 kali dengan perempuan yang sama yang juga isteri org.

Mereka pernah video call saat saya mengandung, berpantang dan berterusan hingga akhir tahun lepas. Tapi saya dapat tahu saya lambat saat mereka dah lost contact. Mereka juga pernah mengajak utk berzin4.

Saya tahu saya pun slh sbb ungkit kesilapan suami yang lalu namun saya masih trauma dengan apa yang jadi. Parut ni sampai bila-bila tetap ada. Tambah- tambah saya sendiri yang cari kekuatan utk bangkit, pujuk hati saat saya overthinking. 

Ada saat saya minta dilepaskan sebab saya tak mahu tanggung dosa sebab suami saya tak redha dengan saya, tapi dia tak nak memandangkan anak saya baru berusia 16 bulan. Soalan saya, dosa ke saya dengan suami andai suami tak redha dengan apa yang lakukan?

Dan bagaimana nanti jika saya meninggal dunia, adakah tanpa redha dari suami? Saya tak pernah melawan cakap suami, bercakap kasar dengan dia. Cuma saya selalu tanya tentang kecurangan dia. Was-was sama ada dia pernah berzin4 atau tidak. Terima kasih semua

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top