Ceritanya Sebelum saya berkahwin saya jumpa orang yang salah kami terlanjur tapi malangnya saya ditinggalkan

Salam min. Tolong hide profil saya. Saya hanya nak meluahkan perasaan saya. Saya dah berkahwin 13 tahun dan ada 3 orang anak.

Ceritanya Sebelum saya berkahwin saya jumpa orang yang salah kami terlanjur tapi malangnya saya ditinggalkan . masa saya dengan suami sebelum berkahwin kami terlanjur juga dan saya mengandung.

Kami pun berkahwin. Suami tahu saya pernah terlanjur dengan orang lain sebelum kami berkahwin lagi.

masalah sekarang die selalu ungkit tentang masa lalu saya depan anak2 pun die akan berckp tentang masa lalu saya. Dia cakap saya tipu dia.

masa berkahwin baru dia tahu kisah silam saya. Dia selalu cakap saya seorang yang pendosa. Dosa terlalu banyak. Tak payah nak solat2 kalau dosa tu bertan2.

Dia cakap depan anak2 tiap kali saya solat. Anak2 saya jadi trauma. Diaorang akan lari keluar rumah bila suami saya ckp tentang saya macam tu. Saya jadi down sangat2.

Saya tau saya memang berdosa sangat2. Tapi dia buat diri saya macam dah takde guna. kadang2 saya terfikir baik saya m4ti je. Tapi saya kesiankan anak2 pulak.

Dalam 2 minggu ni dia ada cakap dia sayang saya sebab saya orang perempuan pertama yang dia ada selain mak n adik dia tapi dalam masa yang sama dia benci saya sebab bukan dia yang jadi orang lelaki pertama dlm hidup saya.

Sedih sangat sebab suami saya sendiri benci saya. Patutnya tempat suami tempat saya bermanja, bersama, meluah perasaan. tapi saya tak rasa semua tu.

Selama saya berkahwin dalam 13 tahun ni saya tak pernah ungkit kisah silam saya dan saya nak lupakan. Tapi saya jadi teringat semula sebab dia selalu ungkit kisah tu.

saya selalu tanya sampai bila nak ungkit. tu kesilapan saya, bila saya dengan awak hanya awak je. Dia cakap sampai bila2. Sampai m4ti saya akan ungkit. Saya malu dgn diri saya. malu sangat2.

Dia ckp dia malu bila bawa saya keluar jln2 sebab saya perempuan kotor. Ibarat macam berjalan dengan orang b0g€l. Sedihnya saya.

Allah. Pagi ni dia cakap dia nak bawa saya pergi pejabat agama. Dia nak lepaskan saya. Saya hanya diam. Dia cakap saya biasa dah kena tinggal. biasa je tu. hati saya sedih sangat2. Sakit. Dalam tempoh 13 tahun saya hidup dengan dia susah senang.

Sanggup bertahan walau di hina di caci. Ni pengakhiranya. Allah.. dia cakap kita muda lagi.. lepas berpisah nanti boleh msing2 nak kahwin lain. Saya rasa serik nak kahwin lagi sebab saya ada kisah silam.

Takkan ada orang boleh terima saya. patut ke saya setuju untuk berpisah?saya memang sayang dia sangat.

Kadang2 saya rasa macam b0d0 sebab sayang orang yang memang tak boleh terima saya tapi saya memang sayang dia. tak boleh rasanye saya tak de dia dlm hidup saya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *