Cuma yang aku agak pelik sekarang ni bila dah msuk 4 bulan kawin aku rasa macam terjatuh hati pulak kat wife aku ni

Hi admin..sorry aku pinjam fb kawan aku. Tapi please hide fb ni. Nak story, pasal aku dengan wife aku ni dipaksa kawin atas pilihan family. Kenapa pilihan kedua2 family tu tak perlu la aku crita kat sini.

Lepas kawin, kami duduk 1 rumah yang parents aku bagi. Dah namanya kawin pun terpaksa, aku dan wife dh tentunya takda perasaan cinta kan? Masing2 dengan hal sendiri.

Aku macam biasa sibuk dengan life aku yang suka pegi clubbing lepak2 dengan member kadang2 tak balik rumah dan aku pun ada GF yang hot.

Wife aku pulak, dengan hal dia sendiri kadang2 lepak dengan kawan dia tapi tak la sampai tak balik rumah macam aku.

Aku dengan wife pun jarang2 sangat bercakap cuma sepatah dua je. Tu pun if ada hal penting nak bincang.

Cuma yang aku agak pelik sekarang ni bila dah msuk 4 bulan kawin aku rasa macam terjatuh hati pulak kat wife aku ni. Aku sendiri pun tak tau kenapa? Maybe sebab dia ni jenis tak peduli sangat pasal aku dan aku perasan perbuatan dia tu secara tak langsung agak mencabar aku untuk lebih ‘mendekati’ dia.

Perasaan tu semakin kuat dan aku tengah cuba sedaya upaya nak tackle dia la sekarang ni. Boleh tak makcik2 dan pakcik2 bawang kat sini kongsi tips macamana nak try hati pompuan dalam situation yang macam perkahwinan kami sekarang ni? If boleh, komen yang murni2 ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *