Assalamualaikum Kalau hendak di ceritakan memang panjang kisah perjalanan hidup saya macam drama tv3. Macam2 saya lalui dan kini masih lagi bingung mahu membuat keputusan. 3 tahun lepas masa zaman saya study saya ada kenal dengan sorang lelaki. Lelaki ini perangai baik la suka layan kerenah tak kedekut dan hormat orang tua tapi bab agama memang teruk dan saya pernah terjerumus ke lembah dosa bersama dia. Lepas habis study boyfriend saya ajak kawen saya masih ragu2 untuk teruskan hidup bersama dia sebab saya takut bila saya jadi isteri dia, dia tak dapat bimbing saya dan tak dapat ajar ilmu agama.
Dalam masa sama saya juga kenal dengan seorang lelaki yang keluarganya nampak memang baik dan menjaga aga ma. Pikir punya Pikir saya ambil keputusan tinggal kan boyfriend saya Dan mengahwini lelaki yang jaga agama ni dan sekarang dia suda jadi suami saya 2 tahun. Tapi sayang apa yang saya sangka semuanya tidak benar sama sekali. Suami saya lepas kawen terus nampak belangnya. Macam2 saya lalui. Perangainya yang baran, cepat melenting, kedekut, kurang hajar dengan ibu bapa, TAK hormat keluarga saya dan control hidup saya 100%. Saya macam tertampar dan padan kn muka sendiri sebab bagi saya ini adalah karma dlm hidup saya sebab dulu saya luka kan hati oraang dan banyak buat dosa.
Sepanjang saya kawen dengan suami, saya bnyk berendam air mata. Kisah suami satu hal. Lagi satu hal ibu saya. Ibu saya jenis yang keras hati dan bila orang da sakit kan hati dia, dia tak kan berbaik dengan orang tu smpai bila2. Ibu saya juga pernah main bo moh sebab nak kn lelaki yang dia suka. Macam2 da adik beradik saya usaha untuk pulih kan perangai ibu saya. Tapi msih sama dia masih lagi berkawan dengan lelaki tu. Ok lepas tu masa awal perkahwinan ibu saya jatuh sakit dekat hospital, saya yang jaga ibu saya, suami saya ni jenis tak suka dengan ibu saya sebab dia tau ibu saya main bo moh dia pon pergi sound ibu saya Dan tak kasi saya jaga ibu saya yang sakit tu.
Mereka pon bergaduh hebat Sgt2 setahun setengah da mereka bergaduh tak menegur sesama sendiri. Macam2 usaha saya buat untuk mereka berbaik tapi sama juga la tak de hasil. Saya terima juga benda ni sbgai ujian sebab saya tahu dulu saya banyak dosa dan saya anggap tuhan nak uji saya dan nak kan saya bertaubat. Lepas tu suami saya ni ada degree dan sekarng tengah ambil master dia kerja sambil belajar. Saya banyak tolong tanggung yuran belajar dia dan perbelanjaan setiap minggu pergi merentas negeri sebab dia sambung study. Bab perbelanjaan dapur bil api bil air bil Internet semuanya akan di bahagi dua dan kadang saya yang bayar lebih. Nafkah pun kadang ada kadang tak de tngok nasib lah. Kalau dapat tu rm50 je sebulan spnjng kawen 2 tahun ni pernah dpt 4 kali je.
Saya ni bisnes meniaga sendiri sebab tu saya bole tolong suami. Untuk kembang kan lagi bisnes saya, saya tolong adik saya dapat kan side income tolong saya meniaga tapi suami saya ni jenis tak boleh tengok saya tolong adik beradik saya, tolong ibu saya dan tolong ahli keluarga lain. Tapi kalau suami saya tolong ahli keluarga dia tak a pe, lepas tu kalau mak dia masak kat dapur dia suruh saya tolong mak dia. Adik ipar saya duduk dengan kami saya tak pernah merungut pon masak kan makanan untuj adik ipar dan sedia kan baju kerja untuk adik ipar sikit pon TAK pernah saya merungut tapi Kalau saya sendiri nak tolong adik beradik saya sikit pon suami TAK kasi. Jm
Jadi suami saya marah saya tak kasi tolong adik saya meniaga. Saya pon turut kn lah kata dia. Ibu saya Dan adik saya marah la kenapa abg ipar dia busuk hati TAK kasi dia tolong niaga. Jdi seluruh ahli keluarga saya pon sambung lagi bergaduh dengan suami saya. Saya kalau masak masin pon suami saya mengamuk. Saya kalau tertinggal brg pon suami mengamuk. Suami saya tngok saya bz urus bisnes n rumah agak tunggang langgang pon mengamuk. tu naik tangan tapi tak smpai lebam. Dan saya rasa saya dapat satu peluang sebab suami ad lafaz talak dari segi kiasan. Saya nak tuntut tapi suami kata tak jatuh talak. Sekarng saya tengah usaha pujuk dia pergi mahkamah.
Untuk pengetahuan semua, suami saya 24jam ada dengan saya sebab dia buat kerja online dekat ruma jadi saya tak tahu nak lari kan diri macam mane. Sbb tu saya terpaksa pujuk suami prgi pjbt agama tapi suami saya kata jangan bgthu family. Suami saya kata Kalau sah jatuh talak tu dia nak hantar pi rumah mak dia dan kami rujuk semula. Saya ya kan sj kata dia sebab saya tak nak dia ubah fikiran untupk pergi ke mahkamah. Tapi dalam hati saya mahu saja lepas kene cerai saya balik pada pangkuan keluarga. Saya takut dia label saya penipu nti. Arghhh saya tak suka perasaan macam ni cepat kesian kan orang. Kalau semua nak tahu denda yang bakal suami kena nanti dia suruh saya bayar 100%. padahal dia yang lafaz cerai kenapa saya kne bayar. Apa lagi yang saya perlu tunggu kan? Kenapa saya perlu ikut ckp dia utk rujuk smula.
Semestinya saya kene kuat diri untuk kata tidak. Sekarang ni suami saya agak berkelakuan baik dan nampak usaha nak pujuk saya untuk tak ubah fikiran tinggal kn dia. Saya faham sgt perangai suami saya dia hanya berpura2 tak baran dan tak melenting setakat ni sebab dia takut saya pergi. Saya tak kan makan pujukan dia tolong lah kawan2 doa kan saya bagi saya kata semangat supaya saya tak terjebak lagi dengan pujukan dia kali ini. Tentang keluarga saya pula walaupun keluarga saya agak huru hara dengan mak yang yang begitu tp suami saya tak patut utk larang saya bantu keluarga saya dan pisah kn silaturahim saya dan keluarga. Ini tidak, bila saya balik kampung saya tu pon nak balik 2 bulan sekali pon susah ya.
Kalau balik kampung pon hri ni balik maghrib esok tengah ari da balik ruma saya. Lepas tu Kalau dekat kampung saya tak bole tolong mak masak, TAK bole tolong adik kemas ruma, saya dikawal ketat ya ala2 raja kne duduk dpn TV dan masuk bilik je. Umpama TAK balik. Kalau saya paksa kn diri tolong mak masak kat dapur pon suami akn wassap saya dan maki saya. “bo doh lah kau ni aku kata duduk dpn tapi kau degil nak tolong mak kau kau jugak. Menyesal balik ruma kau. Lepas zohor kita balik”. Menangis lah saya seorang diri di bilik air. Stress tertekan pernah satu tahap hentak kepala dekat dash board kereta sambil menangis tak tahan punya pasal.
Kalau saya balik kampung saya teringin sgt nak lawat pusara arwah papa saya. Tapi suami TAK bagi, smpy satu tahap rindu nak pergi pusara ayah tercinta. Saya smpy satu tahap TAK tahan sgt2 saya selalu mengadu dengan mak mertua saya tapi mak mertua saya pujuk dan beritahu sabar lah. Mak mertua saya ni Lbih kurng nasib macam saya la sbb laki dia baran anak dia pn baran. Lps tu dia pujuk saya sabar macam dia. Tapi bila fikir balik tak kn saya nak hadap nasib sama macam mak mertua saya menderita smpy ke tua tahan perangai suami yang baran dan anak yang baran. Skrng saya dlm proses akn pergi ke pjbt agama selesaikan kes cerai ni. Saya tak kn benar kn lagi diri saya di dera dri segi mental dan fizikal.
Saya kne sayang kn diri saya. Kawan2 tolong bgi smgt utk saya utk terus melangkah keluar. Saya tak nak hati saya sakit dihiris lagi, saya tak nak di caci di maki lagi. Saya tak nak keluarga saya di pijak lagi. Saya tahu keluarga saya agak huru hara dan saya tahu saya pernah melakukan dosa. Tapi saya boleh ubah hidup saya menjadi lebih baik dan merasa bahagia bersama keluarga. Saya terima komen2 negatif netizan sebab saya tahu saya hanya insan yang hina saya cuma mahu meluah shj. Tolong doakan saya jangan ikut kata dia lagi dan saya tidak ubah fikiran. Salam.