Saya amat terkejut bila bergaduh makan tadi die cakap die memang sengaja taknak belikan mesin basuh sebab saya selalu buad die marah

Assalamualaikum wbk, kisah saya sangat panjang dan saya ingin minta tlg siar kisah saya ni sebagai tauladan kepada semua dan inginkan nasihat dari pembaca. Sblm tu saya minta admin hide siapa saya ya. Begini, cerita ni saya pendekkan. Saya sebelum ni adalah ibu tunggal yang mempunya anak seorang selama sedekad saya menjanda dan berkahwin semula kali kedua dengan lelaki bujang. Tapi perkahwinan ni tak direstui keluarga lelaki tersebut sebab saya seorg janda dan tidak bekerja kerana tidak sihat (baru lepas operation) tapi si lelaki ini tetap juga inginkan saya dan kami teruskan perkahwinna tanpa restu.

Sebelum kahwin suami saya ini tidak pernah menunjukkan apa2 perangai pelik sehingga selepas kahwin die mula naik tangan dan suke mengherdik saya dimana pon berada. Jika dirumah jiranlah yang akan dengar jeritan die memarahi isteri. Pukul tu dah jadi makanan dia. Pernah die memukul didepan mak ayah saya, entah kenapa walau sakit masa tu saya balas balik pukulan dia tapi tak semudah itu sebab die terlalu kuad dengan badan die yang besar saya tak mampu waima dengan belajar seni pertahan diri mak ayah pon hanya mampu meleraikan je sebab dah tua dan sedang sakit kronik, Masa tu kami tinggal dengan kluarga saya.

Selepas kerap bergaduh mak suruh kami pindah untuk elak kluarga malu dgn jiran kg dgn menantu macam ni. Kluarga saya juga meminta saya tinggalkan suami tapi saya memujuk mak untuk terima suami juga sebab saya takkerja dan tak ada tempat untuk bergantung. Alhamdulillah mak memaafkan dan terima tapi tak macam dulu lagi. Saya faham. Selepas tu kami berpindah suami usaha cari rumah sewa dekat dengan rumah mertua saya. Dengan rumah tak ada mesin basuh semua baju kerja dia saya basuh pakai tangan walau pon kotor2 bajunya sampai bersih saya berus. Peti ais pon orang sedekah yang dah takguna. Hiburan sperti tv apatah lagi memang tiada. Saya tak pernah merungut. Cume mengadu penat sakit pinggang tu ada.

Saya amat terkejut bila bergaduh makan tadi die cakap die memang sengaja taknak belikan mesin basuh sebab saya selalu buad die marah. Saya ade membebel pada dia sebab die bagi pinjam motor pada kawan die yang baru kenal taksampai sebulan. Kawan die nak pergi kl malam2 buta malam minggu malam tadi sebab nak jumpa lawyer. (Ada kes apa tah) Pelik tak? Saya selalu ingatkan die jangan baik sangat dengan kawan kerja sebab nanti die akan terkena balik sebab dah banyak kali jadi macam tu die takserik dan itu punca kami gaduh malam tadi katanya saya membebel sangat psl urusan die dan kawan dia tu.

Saya cume cakap jangan masa suami susah takda siapa nak tolong. Bile kawan susah laje je tolong dahlah jauh ke kl tu kawan dia nak pergi bawa moto tu. Lepastu gaduh suami maki saya cakap saya suka buruk sangka. Buruk sangkakah saya? Ermmm dann ada kadang2 saya melarikan diri ke rumah mak saya jika dipukul (rumah mak saya dalam sejam). Dia dan kawannya selalu cakap saya nusyuz dan derhaka sebab tinggalkan rumah suami tanpa izin? Derhakakah saya jika ingin lari dari sebentar dari derita? dari dipukul lagi?Setiap kali die pukul atau maki hina saya die dtg semula selepas beberapa jam untuk minta maaf dan selama itu juga sayaaa akan maafkan. Saya memafkan tetapi tidak melupakan.

Sekarang badan saya sudah sihat dr sakit operation haritu dan sdg mencari kerja. Saya nekad untuk tinggalkan suami jika sudah stabil kerja dan ada duit belanja sendiri sebab sekarang saya tiada duit langsung untuk meneruskan kehidupan jauh dari dia tetapi didalam hati ini betapa saya ingin pergi jauh dari dia dan setiap hari memanjatkan doa agar allah makbulkan. Suami lebih suka bersendirian tak suka dimasuk campur hal urusan die dan kawannya..dia sangat sayang kawannya dari isteri sendiri.
Mak mertua saya juga selalu meminta suami tinggalkan saya jika dia tahu kami sering bergaduh (suami sering mengadu) tp suami tetap pertahankan saya untuk tidak tinggalkan saya.

Saya paling kasihan anak saya sebab sebelum ni tak pernah die tengok situasi pergaduhan seperti ini (saya jaga anak betul2 tanak ada pengaruh tak baik yang akan dilihat anak) tetapi dengan perkahwinan ni saya gagal tunjukkan yang baik depan anak. Setiap hari saya melepaskan stress pada anak. Anak buad silap saya punya marah macma nak gila sedangkan saya tidak macam tu dahulu.
Keluarga saya pula sering menyalahkan saya dan adik beradik sendiri bermusuh dengan saya kerana saya tetap bersama suami. Saya tak faham disini kalau mereka sayangkan saya dan ingin saya jauh dari suami sepatutnya mereka suruh cakap baik2 dan nasihat saya dengan baik tp tidak mereka selalu memerli saya mengata saya belakang macam2 yang saya tak buad.

Mungkin sebab saya tak bagi duit pada mak saya menumpang makan minum tidur dirumah mak sahaja masa saya sakit haritu. Sebelum Ni saya kerja mmg setiap bulan saya bagi duit pada mak. Selepas berhenti sebab sakit saya tak bagi duit dah. Ya Allah rakan2 pembaca bantulah saya buad keputusan yang terbaik untuk hidup saya dan anak. Saya maafkan dia tapi saya ingin pergi jauh dari perkahwinan ini. Hanya ingin buad yang terbaik untuk anak. Bantulah saya. Nasihatila saya. Dengarlah rintihan saya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top