Sebelum org marah saya, saya bukan punca suami dan isteri pertama bergaduh. Ada sebab tertentu saya dan suami berkahwin, dan direstui oleh isteri pertama. Suami memilih memperisterikan saya kerana sering diabaikan isteri pertama yang lebih fokus kepada anak2, dan kurang beri perhatian pada suami, walaupun suami memang seorang yang bertanggungjawab dan tak pernah abaikan dia. Even sekarang pun suami tinggal dengan isteri pertama, suami dan sayap pjj hanya jumpa seminggu sekali sahaja. Itu takpe.
Masalah sekarang ialah bagaimana saya untuk membantu mereka supaya dapat harmonikan kembali rumahtangga mereka yang bermasalah sejak kurang lebih 4 tahun lepas, usia perkahwinan 7 tahun. Hari hari bergaduh. Tak boleh nak baik sikit. mesti gaduh semula hatta sekecil kecil perkara pun. Bahasa yang masing2 guna pun makin hilang respect antara satu sama lain. Sedangkan hati masing2 sayang. Tapi masing2 ego, taknak mengalah, dan takpandai tunjuk sayang antara satu sama lain.
Setiap kali jumpa suami, tengok dia down. kena marah dengan isteri pertama, gaduh2, yang isteri pertama juga pasti sedih dan down. sebab yang diminta cuma perhatian. tapi tak pandai nak minta, berakhir dgn gaduh. Sedih tengok masing2 mcm ni. Atau adakah punca nya saya. patut kah saya undur diri. Tapi mereka sudah begitu sejak sebelum saya hadir lagi. Cuma hati saya sedih tengok keadaan mereka gitu. Rasa frust sebab kasih sayang tu ada..