Dengan anak pun aku jadi berangin je sebab nak marahkan bapaknya, aku tak tahu nak rasa apa dah sebab aku tak tahu yang mana satu betul.

Salam min. Aku terpaksa meluah perasaan dekat sini kerana masih menjaga aib suami. Tak apa, ni fake account. Aku dah kahwin 5 tahun, ada anak sorang umur 4 tahun. Selama kahwin aku tak pernah check hp suami plus tak pernah tahu pun passwordnya, same goes to him tak tahu password aku. (Aku tak pernah curang). Dia memang sentiasa dengan hp even ke toilet nak membuang pun bawa hp. Aku faham, sebab kerja dia deal dengan customer (orang sales) & dia suka tengok videos yang keluar dekat timeline fb.

Aku tak pernah pertikai bahkan pernah dulu balik kg, kakak dia pulak yang tanya aku sama ada adiknya ada gf ke? Pergi toilet pun bawa hp. Aku gelak je, cakap entah lah.. akak tanya la dia. Long story short, PKP hari tu dia asyik duk main-main cakap boleh tak nak kahwin lagi satu. Aku cakap silalah. Aku tak halang, cuma sebelum tu lepaskan aku sebab aku memang tak nak berkongsi. Dia cakap tak nak, cakap sayang aku la, aku la yang ada masa dia susah & senang (tahu pun). Gurau dengan anak cakap nak mommy dua la apa la. Masa tu aku cuma rasa memang dia main-main.

Lepas tu tak tahu la mungkin Allah nak bagi aku sedar, satu persatu keluar. Dia post status WhatsApp or IG yang tersurat tersirat. Gambar lagu Rossa (terlanjur mencintai), gambar cartoon tulis I’m sorry..i need you etc, status sedih la. Bila aku tanya ada je jawapan dia belit, kata sesaje je post tak ada maksud pape, sedih sebab stress dengan customer & macam-macam lagi yang menidakkan. Ok fine. Aku cuba positif. Ada time dia hantar pergi kerja dalam kereta duk cakap-cakap pasal apa aku dah lupa, aku saja pancing dia, aku cakap alah selalu duk dating dengan gf. Then dia cakap mana ada jumpa pun. Long distance je. Gelak-gelak.

Aku sedih hari tu, masuk ofis menangis. Gaya dia macam buat or cakap apa-apa obvious nak suruh kita tahu tapi bila tanya dia menidakkan pula. Macam-macam la. Sejak dua menjak ni duk cakap dah putus dah. Lepas tu cakap tak ada gf pula. Aku tak faham la. Sekarang aku memang mood tak betul dah dengan dia. Kadang aku layan dia ok. Kadang bila duk timbul hal orang kedua ni mood aku twist. Dengan anak pun aku jadi berangin je sebab nak marahkan bapaknya, aku tak tahu nak rasa apa dah sebab aku tak tahu yang mana satu betul.

Aku selalu minta doa andai betul dia curang belakang aku, semoga Allah tunjukkan. Cuma nak tunggu kebenaran teserlah (jika betul), aku sangat stress. Bila nak positif, tetiba timbul rasa..eh laki aku ada orang lain. Terus aku jadi dingin dengan dia. Maaf panjang sangat. Tak boleh nak pendam sorang-sorang tapi tak boleh nak luah dekat siapa-siapa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top