Semasa di frasa pertunangan, saya tidak merasakan seperti pasangan lain yang berbual mesra malah saya tidak tahu sangat latar belakang keluarga isteri

Assalamualaikum admin. Harap admin dapat hide profile saya. Anggap ini sebagai pedoman pada semua.
Kehidupan perkahwinan saya dan isteri saya bagaikan dalam drama. Campur tangan mertua, urusan dibelakangkan dan sering memutar belit cerita sehingga sanggup menyalahi suami sendiri. Ceriranya begini. Saya sudah berkahwin 2 tahun dan mendapat seorang cahaya mata. Pada asalnya kami berkahwin direstui kedua belah keluarga. Dan selepas kahwin, kami tinggal bersama ibu mertua isteri saya.

Semasa di frasa pertunangan, saya tidak merasakan seperti pasangan lain yang berbual mesra malah saya tidak tahu sangat latar belakang keluarga isteri. Malah banyak kali isteri merahsiakan. Jika kami keluar berdua, sering kali dia buat seperti orang asing dan malah banyak kali dia keluar bersama saya dengan bawak family dia. Ingatkan untuk cegah mak siat. Saya fikir gitu je.
Selepas berkahwin, sikap isteri masih ditokok lama yang sering dingin dan tidak mahu masuk bersama kedalam hidup sebagai suami isteri.

Dia mengelak berbincang bersama dan lebihkan urusan ke family dia. Apa-apa nak tunjuk baik depan keluarga dia tapi bab rumah tangga, sering saya dibelakangkan. Malah hampir setiap waktu tidur berasingan. Manakan tidak. Isteri mahu sy sahaja masuk ke keluarga dia dan mahu ikut rentak hidup dia. Sedangkan keluarga sebelah saya, isteri tidak mahu campur dan banyak kali masam muka. Ada sahaja yang salah pada saya. Dan bila saya tegur benda yang benar, dia memberontak dan menyalahkan saya sehingga saya terpaksa memarahinya.

Tetapi bila di depan keluarganya, banyak dia salahkan saya, tidak jujur dalam cerita sebenar dan ibunya mengiyakan perbuatannya sehingga ibunya sanggup pergi berjumpa tukang tilik dan kata saya yang bermasalah. Pada dasar awal saya anggap ini kerana pembawakan. Akan tetapi selepas 2 bulan melahirkan anak kami, dia masih lagi dengan cara lamanya sehingga membentak untuk mintak cerai.
Bila ajak bincang, ada saja ayatnya yang sering menjadi punca pergaduhan bergaduh. Sampaikan saya tidak tahu saya perlu cara islam atau ikut kehendak isteri.

Dan urusan anak saya langsung saya tidak boleh sentuh sepertimana isteri saya lakukan pelbagai urusan di belakang saya. Tanpa pengetahuan saya. Bila ajak pergi kaunseling, dia mengelak. Malah cakap semuanya macam dia tahu akan mana benar dan mana salah.
Sehingga suatu hari, dia membentak dengan teguran saya. Sedangkan saya tegur untuk kebaikan dia. Malah dia mengikuti ibunya sekali untuk pergi berjumpa tukang tilik dan jawapannya tetap menyalahi saya.

Dan pada malam itu kami bertengkar besar sehingga saya terdetik di hati untuk bu nuh diri. Esoknya saya terus kemas baju dan terus balik kerumah ibu bapa saya. Saya cerita hal sebenar pada kedua ibu bapa saya. Pada waktu sebelum ini, ibu bapa saya sering salahkan saya. Dan suruh ceraikan je isteri saya dari saya siksa dia begitu. Dan waktu itu saya terkilan sebab ibu bapa saya sendiri tidak mempercayai anaknya sendiri. Pada hari sama saya balik ke rumah ibu bapa saya, isteri saya datang sekali dengan ibu mertua saya dan cerita macam-macam pada keluarga saya sehingga saya yang sering dipersalahkan.

Saya senyap dan saya rasa bagaikan dunia ini bukan hak saya. Dan selang beberapa hari kemudian, saya rasa ada baik buat urusan cerai. Dan bila saya kata akan tunaikan pemintaan cerainya, cepat2 isteri saya datang untuk berjumpa family saya untuk pujuk jangan ceraikan.
Dan ketika inilah ibu bapa saya dapat lihat sifat sebenar isteri saya. Mereka terus menasihati saya bermacam-macam dan meminta saya ceraikan cara baik.
Namun disebabkan covid-19, urusan ini saya terpaksa tergendala.

Dan sekarang dia masih lagi bergembira di belakang saya dan masih tuduh yang bukan-bukan lagi. Malah bila datang ke rumah ibubapa saya, bagaikan tiada masalah. Saya dah patah hati sekarang untuk berbalik walaupun saya terfikir masa depan anak saya. Saya pohon pada pembaca-pembaca KRT supaya doakan isteri saya ini berubah menjadi lebih baik sebelum dia menyesal dikemudian hari.

1 thought on “Semasa di frasa pertunangan, saya tidak merasakan seperti pasangan lain yang berbual mesra malah saya tidak tahu sangat latar belakang keluarga isteri”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top