Dia selalu post gambar isteri dan anaknya di facebook dam bagi saya isteri dia tu sudah cukup sempurna bertudung labuh dan memakai stokin

Assalamualaikum admin dan warga krt.. saya ingin meluah kan isi hati saya sekarang ni tentang ex boyfriend saya.. saya seorang isteri yang mempunyai 4 orang anak.. sudah 7 tahun berkahwin..
Selepas beberapa tahun berpisah dengan ex boyfriend saya tu, ex saya add facebook saya dan saya accept dia dengan niat mahu berkawan. kami pun berkawan macam biasa.. ex saya pun sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.. ex saya ada inbox di mesenger saya.

Pada mulanya kami msg2 biasa je tapi lama2 ex saya mula buka kisah lama dan dia nyatakan yang dia masih sayang kan saya dan masih tak boleh lupa kan saya. saya mula rasa spoil kat situ. saya just nak borak2 biasa sebagai kawan je. tapi dia semakin lebih pulak.. dia mula guna kan ayat2 manis, rindu sayang kat saya.. saya jadi tak suka.. silap saya kerana membalas msg2 dia.. saya kesian sangat kat isteri dia tu.. dalam diam suami dia masih menaruh hati pada perempuan lain.

Dia selalu post gambar isteri dan anaknya di facebook dam bagi saya isteri dia tu sudah cukup sempurna bertudung labuh dan memakai stokin serta menjaga aurat demi suaminya. isteri dia sangat cantik dari saya ni yang tak ada rupa pun.. saya cuba nasihat kan dia supaya lupa kan saya tapi dia tak nak.. hari2 dia msg saya cakap rindu dan banyak kali nak berjumpa dengan saya.. banyak kali saya remind dia yang saya ni isteri orang.. saya tak sanggup nak tanggung dosa kerana nak berjumpa dengan dia.

Tak terlintas di hati saya ni sampai nak berjumpa dengan dia nauzubillahiminzalik saya dah mula rasa dia ni sangat menjengkel kan.. sejak dia cakap yg dia masih sayang kan saya tu saya dah malas nak layan dia lagi.. ni pun dia still msg saya ignore dan terus delete.. setakat ni tu je saya nak luah.. harap jangan la ada yang kecam saya cakap saya yang gatal balas msg ex saya tu.. sebab niat saya nak berkawan dan tak nak bermusuh.. terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *