Saya dah menangis2 mintak suami bawa pergi klinik tapi dia kata dia ada kerja kul 12 malam tu jugak dia terus gerak tinggalkan saya kat rumah sorang2

Assalam admin, mohon hide profile saya. Tq. Saya bru je berkahwin, nak dekat setahun, tapi dalam pada tu macam2 dah hadap. Saya tak kuat. Boleh support saya tak? Saya tak ade sesiapa . Tak ade kawan yang dipercayai untuk meluah. 3/1/2020 malam tu saya sakit perut, tengah pregnant 3 bulan. Sakit yang amat2. Saya dah menangis2 mintak suami bawa pergi klinik tapi dia kata dia ada kerja kul 12 malam tu jugak dia terus gerak tinggalkan saya kat rumah sorang2.

Saya tak tahu dia pergi mana. Tapi dia kata dia kerja. Sampai hati dia tinggal saya sorang2 kat rumah tengah sakit perut. Saya risau baby dalam kandungan rasa tak sedap hati sangat. Tgh tidur tu saya mimpi suami saya buat hubungan dengan ex gf dia terus terbangun. Betul2 rasa tak sedap hati time tu entah kenapa lain sangat2 perasaan ketika tu. Saya cuba trace location suami tahu2 dia ada dekat sebuah hotel sebelum tu dia ada singgah 1apartment tu sebelum ke hotel tu. Retak hati saya.

Saya dah dapat agak dah yang dia curang. Saya call2 dia, dia tak angkat. Teruk saya menangis sampai kul 7 pg saya call dia tak angkat2. Saya wsap2 dia tak balas2 tak pernah dia buat macam tu kat saya. Saya tggu dia balik kerumah dalam kul 1 petang baru dia balik, saya tanya dia elok2 semalam pergi mana? Dia taknak jujur. Langsung taknak jujur.

Saya tunjuk history location dia semalam bukan tempat kerja dia malah kat hotel. Dia diam, baru dia nak jujur. Dia pergi jumpa ex gf dia semalam. Saya kata kenapa kat hotel? Dia boleh kata saya tak buat apa2 pun dekat dia. Mustahil sangat tak buat apa2! Petang tu jugak saya keguguran tumpah darah allah saya sedih bila ingat kat anak syurga saya. Saya terus kol kawan saya mintak dia hantar pergi hospital, hati saya luluh sangat2 waktu tu bercampur baur. Apa jdi kat baby saya? Tengah hati retak suami curang.

Bila dah sampai hsptal doc sah kan saya keguguran dalam wad tu semua patient tengah mnunggu nak deliver baby , yang saya? Hmm allah je tahu. Lepas seminggu tu, mak saya pulak Allah ambik Allah lansung tak tahu nak kata apa, apa yang dirasa waktu tu luluh gila2 hati. Saya dah tak kuat waktu tu. Sampai pengsan saya dbuatnya. Suami curang, hilang anak syurga. Kini mak pulak. Waktu tu lah suami datang duk merayu kat saya2 suruh saya balik rumah , jgn buat dia macam tu.

Dia mntak peluang apa semua. Saya pn fkir , tak salah nak bagi peluang kedua . Waktu tu tengah sakit, belum habis pantang lagi dah kehulu kehilir urus akan arwah mama. Bila dah berbaik tu, tipu lah kalau saya kata saya lupakan apa yang dia buat kat saya. Saya rasa dendam tu masih ada. Sebab dia anak saya tak ade. Kalau dia bawak saya prgi klinik malam tu dan takmemilih untuk curang semua tu takjadi. Mesti anak saya ada depan mata saya skrg ni. Tp allah lebih sayagkan dia. Lepas dh berbaik.

Dia jadi kuat main game, pagi ke petang, malam ke subuh. Langsung takada masa untuk saya. Saya nak brcerita pun dia taknak layan. Saya hari2 duk makan sorang2 rasa sunyi gila kot? Tak kan saya nak ngadap hp jugak 24jam? Sedangkan saya ada suami? Lately ni saya rasa mual , tekak loya. Saya ajak suami g klinik dia taknak bawak pun smpai jadi gaduh besar sebab dia nak main game, dia kata dia takde masa lah nak keluar.

Smpai dia jerit2 kat saya , halau saya keluar dr rumah ni tak pernah dia baran2 kat saya. Kenapa tiba2? Tadi pun saya just ajak makan je kot dia bangun kul 3 petang, terus dia marah2 kat saya ko tak reti sabar ke ko pergi lah makan serabut lah aku dengan kau ni. Dia kata macamtu kat saya. Bila saya tnya apa salah saya, dia cakap ko takyah lah serabutkan kepala otak aku lagi. Macam2 jugak dia cakap.

Saya dah takkuat lahhh macam2 sangat dia buat kat saya, lepas dah berbaik tu makin teruk pulak. Siap naik tangan kat saya. Mesej2 perempuan sana sini. Luluh lah hati ni. Maaf lah takjelas sangat. Saya type pun tengah menangis. Dia jerit kat saya dan lempar pinggan kat saya tadi. Saya nak mak saya , nak anak saya . Kat sini saya mana ada sesiapa. Ada suami pun bt saya macam ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *