Kalau keluar pun dia selalu bersama kawannya sahaja sedangkan saya ditinggalkn di rumah bersama anak dan saya tak bahagia

Saya cuma nak minta pendapat semua orang tentang kisah rumah tangga saya sebelum saya buat keputusan yg saya pun tak pasti adakah baik untuk saya atau tak. Saya telah mendirikan rumah tangga atas dasar cinta bersama suami yang dah hampir dua tahun. Saya masih muda berumur bawah 25 tahun. Kami mempunyai sorang cahaya mata. Saya bersyukur dengan apa yang ada. Dari segi kewangan serta keperluan lain suami sediakan. Cuma, masalah duit bukanlah segalanya. Apa yang saya inginkan kasih sayang dan belaian dari suami.

Suami sorang yang sangat panas baran, kaki game dan suka buat hal sendiri.
Bila ada masalah, suami suka marah” dan suka cari kesalahan saya sebagai sorang isteri. Saya juga tidak dibenarkan bekerja diluar. Setelah melahirkan sorang anak, suami juga turut berubah. Kami dah lama tidak tidur bersama. Hanya saya dan anak tidur berdua sekatil. Apatah lagi nak keluar berdua bersama suami. Dalam setahun boleh kira berapa banyak kali kami keluar berdua. Suami saya tak curang. Cuma mungkin saya rasa, dia masih tak bersedia punya keluarga dan sorang isteri.

Kalau keluar pun dia selalu bersama kawannya sahaja sedangkan saya ditinggalkn di rumah bersama anak.
Saya tak bahagia. Tiada rasa hidup seperti pasangan lain. Saya selalu dimarahi dan suami tidak pernah peduli tentang saya. Suami juga pernah naik tangan serta jerit” saya. Semua perkataan caci maki dia lemparkan pada saya. Yang lagi sedih, saya tengah hamil sekali lagi. Saya mengidam nak makan macam”, tapi suami tidak pernah tanya. Suami ada bagi duit sahaja tapi macam saya cakap tadi, duit bukan segalanya.

Memang segala keperluan diberikan. Tapi tiada apa yang buatkan saya bahagia lagi melainkan anak saya. Terlalu banyak yang saya tanggung dan pendam. Panjang berjela cerita saya nanti. Saya cuma nak minta pendapat semua. Perlukah saya teruskan semua ini lagi? Saya dah cuba berbincang dengan suami tapi suami macam tak minat untuk tahu. Kadang saya terfikir nak gu gurkan anak dalam kandungan saya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top