Saya mandi dikatakan bergayut di dalam bilik air siap cakap dia dengar suara saya dan dia jg menuduh saya mempunyai hp mahal yang lain yang disorokkn sedangkan hp sedia ada hp yang menanti masa nak arwah

assalamualaikum admin. harap admin boleh post kan tentang persoalan saya . saya belum cukup kuat untuk dedahkan diri saya. saye sudah berkahwin dan akan menyambut anniversary kami yang ke 6 tahun 3.7 nanti . kami dikurniakan 3 orang ( satu di syurga ) cahaya mata yang sempurna kan keluarga kecil kami. Hidup kami dalam golongan sederhana. suami bekerja di sektor swasta. manakala saya seorang suri rumah sepenuh masa yang cuma buat bisnes online scara dropship . Juga disahkan menghidap penyakit kronik 4 tahun lepas dan masih mendapatkan rawatan pakar dan on ubat setiap hari .

Episod duka saya bermula pada awal tahun lepas. suami ketahuan curang di belakang saya. masih di peringkat awal . cuma berhubung melalui telefon . TAK sempat berjumpa. Kami bergaduh besar sehingga saya menuntut cerai. Tp tak sampai bercerai. Suami minta maaf dan berjanji tak akan mengulangi lagi kesilapan tersebut. Tapi semenjak kejadian tersebut. Suami mula berubah . Saya tak tahu ini di panggil cemburu atau apa. Tapi saya assumed as cemburu buta. Suami kerap menuduh saya berhubungan dengan lelaki lain.

Jujur saya katakan . Saye bukn seorang yang cantik mahupun bergaya. Dengan uniform bibik di rumah. Suami selalu cakap saya mempunyai skandel. Ini berlarutan sehingga sekarang. Yang memburukkan lagi keadaan since pkp . Permulaan suami diberi cuti tanpa gaji . Pkp ke 2 terus diberhentikan. ouh ye. Sejak awal tahun suami bekerja di luar negeri. 3 jam perjalanan dari rumah kami . Semasa tempoh pkp keadaan makin teruk. Walaupun suami 24 jam di rumah bersama saya. Suami tetap menuduh saya mempunyai skandel. Saya mandi dikatakan bergayut di dalam bilik air siap die kate dengar suara saya bercakap Sedangkan tak. Dia juga Menuduh saya mempunyai hp mahal yang lain yang disorokkn ( hp sedia ada hp yang menanti masa nak arwah).

Kereta parking depan rumah . Dikatakan skandel. Wahlal kereta orang yang sayatak knal. Depan rumah deretan kedai. ke kedai bersama suami. Ada orang pandang di katakan orang tu tertarik pada saya. Lebih teruk menuduh saya menjual diri untuk menampung perbelanjaan keluarga suami sanggup download tum blr untuk Search nama saya. Orang yang seiras saya atau nama sama dikatakan saya. Die akn screenshot dan tanya even cari persamaan dgn gambar tersebut . Suami juga susah tidur malam. Suami saya solat . Die pernah ckp fikiran tu selalu dtg tiba2. Cuma time solat suami tenang.

Saye selalu ingatkan dia rajinkan beristighfar. Berzikir. Die kate die dh buat tp Bile dtg mase2 tertentu die akan berfikiran macam tu. Kemuncak suami lepaskan saya dengan talak satu awal bulan ni. Tinggalkan saya dengan ank2 masih kecil terkontang kanting. Cuma tinggalkan pesan. Die akn balik untuk selesaikan semua. Kalau pasal perempuan saya yakin suami tak buat lg sebab hp nya bersepah2. Paswed juga saya tahu. Suami bukan jenis lelaki yang keluar melepak. Hidup nya dirumah . Kalau pasal dadah. Sewaktu bekerja pun segala wang gaji saya yang uruskan. Saya sayang kan suami saya.

Terdetik di hati bila membuat bacaan tentang bipolar disorder. Mcm mana caranya saya nak mulakan langkah untuk bawak suami menjalani rawatan. Saye benar2 tak tahu. Ouh ye. Kami pernah pergi ke pjbt agama untuk kaunseling . Dan pegawai nasihatkan suami perlu dptkan rawatan. Bagaimana permulaan . Saye perlu bawa suami ke hospital atau klinik kerajaan buat permulaan? nak cakap apa? saya benar2 buntu. dalam keadaan skrg . Asal usul keluarga pula. Suami ank tak sah taraf yang diberikan pada orang lain sewaktu kecil . Yang di ambil balik sewaktu suami dah besar tapi tak diendahkan oleh ibu kandung even ank tunggal. Yang tak pernah mengenali ayah sebenar. Saya sayang rumah tangga saya. Bantu lah saya ..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top