Salam min, Saya cuma nak cerita pengalaman saya. Dulu Sy janda anak 1, 5 tahun lepas saya kawen dgn seorg lelaki yg saya kenal 2 minggu saja. dia org pantai timu, saya org utara. Dia dtg ke utara sbb kerja kontrak.
Terjumpa saya sbb tolong kereta saya rosak tepi jalan. Dia hantar Sy pulang rumah dan terus berbual dgn ayah dan kakak sulung saya. Mereka berkenan dgn dia. Lalu saya disuruh kawen dgn dia. Saya akur . Kerana saya jenis tidak membantah atau melawan
Kisahnya saya seorang pegawai kerajaan bergred A dan saya ada rumah besar bersebelahan sahaja dgn rumah ayah saya . Setelah kawen saya dpt bertugas di pantai timur atas pertolongan suami . Maka segalanya bermula , derita hidup saya bermula.
Baru lah saya tahu suami pernah kawen 4 kali sebelum saya dan semua isterinya lari tinggalkan dia.
Suami saya sekarang panas baran sampaikan anak saya umur 3 tahun suami halau dan terpaksa bekas suami saya ambil.
Dia seorg yg sgt panas baran , pukul anak2 dan isteri.. ( cerita org kpd sy) tapi dia x pukul saya sbb saya berduit dan saya kakitangan kerajaan. Tapi emosi saya didera dgn teruknya , saya dim4ki hamun , disumpah seranah , kalau marah dia akan memekik keliling MCM org hilang akal sampai org kg dia semua dah tahu sikap dia ,
dia tidak bekerja selama kami berkahwin hanya sekali sekala buat kerja kg malah ada yg dtg menghulurkan simpati hati kepada saya. Saya x dibenarkan berkawan , saya x dibenarkan memandu malah dia cuba supaya saya tidak kenal mana2 jalan di sini.
Seolah2 ada agenda untuk saya dilumpahkan dr semua segi atas sbb faktor kesihatan sy yg semakin kronik .Tapi saya bernasib baik sbb bekerja. Saya sgt tertekan , setiap hari menangis .saya seolah2 sangat tertipu , sampai saya terpaksa jumpa kaunselor , masuk hospital pakar jiwa sbb tertekan.
Kawan2 sekerja byk BG semangat supaya saya kuat . Saya buntu tidak ada jalan keluar, sebatang kara , derita sakit kronik ( rahsia) , hidup dibumi asing tiada tempat bergantung kecuali dia dan saya hanya ingat MATI adalah jalan terbaik.
Dia uruskan wang saya, atur semua nya. Tapi Allah maha kaya, saya mula sandarkan semua kepada Allah, hidup kerana Allahdan mati kerana Allah saya kumpul kekuatan diri .
Akhirnya saya ambik keputusan baiki keseluruhan hidup saya , kuatkan amal ibadah siang dan malam, doa setiap hari , baca AL quran setiap hari , zikir tanpa henti, ambil semula kad bank gaji saya, drive sendiri , semua hal saya buat sendiri.
Dan saya percaya Allah akan membuka jalan Keluar utk saya di atas derita ini ..saya kena tolong diri saya sendiri . Dia mula sakit hati , semakin kuat maki hamun dia pada saya , 2 kali dia taklik saya ” kalau kau dapat balik negeri kau aku kan lepaskan kau ” .
Saya terus Jumpa pihak atasan uruskan pertukaran saya ke utara ..dan alhamdulillah saya dah dapat pertukaran ke utara , balik ke kg halaman sendiri Januari ni .. lepas ini ikut suka dia lah
nak ikut saya dia boleh ikut kalau dia nak ceraikan kan saya pun x pa , di tempat saya insyaAllah kuasa dia akan berkurang atau hilang hahahahah..saya ikut apa yg Allah atur pada saya. Alhamdulilah
Percaya lah sahabat semua Allah adalah sebaik baik tempat kita bersandar walau apa pun masalah umah tangga kita . Doakan saya