Masalahnya suami selalu tanya dan marah kalau duit saya guna untuk makan sedap atau beli barang saya kt shopee

Salam min,tolong siarkan ye and tolong hide kn profile saya.  Saya dh nak masuk 2 tahun kahwin ada seorang taklama lg 8bulan. Saya kerja dan suami akan mula ceburi bidang air balang tepi jln dan skrg ada kerja sambilan dia sendiri dirumah.

Anak hantar kpg kakak saya jaga. Saya taktau nak mula macam mana tkt nnti salah penyampaian and saya hrp korg nilai mana salah saya ye. Selama saya kahwin majority saya yang selalu keluarkan duit and jaga rumah tgga kami.

Suami saya tak bekerja lepas kmi kahwin sebab nak ddk dgn saya and keje dkt dgn saya. Dari saya mengandung sampai dah beranak ni saya jrg dpt pertolongan ikhlas dari suami saya.

Masa nak bersalin dia hantar saya dpn wad je and balik rumah chat sekejap lps tu tido. saya tanggung sakit dari tgh malam sampai pagi dia taktanya pun kabar. bgun2 dpt mcj dari saya dah beranak.

saya skit semasa mengandung and bersalin pun dia abaikan,saya nak makan itu ini masa mengandung dia akan turutkan tapi dengan cara tak ikhlas.saya boleh baca raut muka dia yang takikhlas tu.

saya sabar sampailah anak dh lahir saya fikirkan dia akan berubah bila ada anak tapi layanan dia ttapi sma dgn saya.cuma kalau anak dia memang sayag anak. tapi makan minum pakaian anak majority memang saya yang keluarkan sebab kerja sambilan suami saya buat kdg2 je boleh bantu.

Saya mula2 takkisah and biarkan sebab saya paham dgn covid memang susah nak dpt kerja. Tapi skrg saya dh rasa penat sebab semua titik peluh saya dia macam tak pandang lansung.

Saya penat dia takkisah , saya mengadu sakit dia buat dono, saya mntk tlg urutkan dia mrhkn saya and tak akan urut saya. Saya keje office hour dia ddk rumah.

Saya memang penat bila balik kerja. Saya sampai rumah and rasa malas nak masak masa tu dia cakap lapar apa semua. Saya dh banyak kli bgtau dia kalau lapa tlg keluarkan terus makanan dkt peti nnti sampai rumah saya terus masak takpayah tgu lama so saya dpt rehat awal.

Tapi banyak kali tegur tak makan saman. Saya penat macam mana lagi nak buat dia paham. Saya hanya nak dia ada common sense. Peka dgn saya. Tapi dh bgtau pun dia ttapi buat taktau and hrpkan saya buat.

Saya selalu fikir mgkin suami saya dh taksayang saya. Sebab kami dari bcinta ,kahwin sampai dh ada anak memang saya dgn dia jrg nak sweet2 bagai. Saya taktau . Saya rasa sedih ,penat, rasa tak dihargai sangat2.

Saya dh banyak kali bincang bnda ni dgn suami saya. Tapi dia endah tak endah and cakap saya mengada. Saya dah penat  pura2 dpn semua org . Semua org fikir makan makan saya suami ada bg. No ! Sgt jrg.

Masalahnya suami selalu tanya dan marah kalau duit saya guna untuk makan sedap atau beli barang saya kt shopee.  Dia byk pakai duit saya. Bila bab makan tak pernah nak bkira dgn dia. Dia nak makan saya belikan wlpn duit tak banyak. Dia nak itu saya usahakan .

Tapi bila part saya nak itu ini dia akan buat muka tak puas hati. Saya bg apa yang dia nak tapi kalau saya dia akan buat muka. Saya kdg2 memang akan jdi kurang ajar dgn dia sebab saya nak dia sedar. Saya banyak kali bgtau apa yang saya korban dgn dia ttapi tak jalan..esk2 dia buat lagi.

Macam saya yang jd suami dlm fmly kmi dn dia isteri. Bab tlg kt rumah adlah lah juga tlg cuci bju. Yang lain bila dia rasa rajin je. Bab makan bila saya habis masak kuali dia takkan tlg basuh wlpn dia tgh bsuh pinggan dia masa tu. Saya taktau kenapa. Dh cakap basuh lah sekali saya penat dia akan cakap tu awak yang pakai awak lah basuh.

Lagi stu bila part fmly saya, dia berkira bila bab fmly dia saya berkira saya masih boleh consider and cuba yang terbaik. Saya taktau kenapa . Ada silap saya ke kt situ.

Mak kt kpg skrg taksihat and plan nak bawa mak jenjalan ambk angin kt bandar so saya nak tgal anak dgn kakak sebab senang nak handle mak dgn ayah je takpayah tgok anak dlu. Nak release stress mak and ayah asayaik tapierap kat umah so saya sbgai anak nak bawa la guna kereta saya sebab abg semua keja takdpt cuti.

Kakak je dpt join. And bila cakap macam tu takpyh bawa anak dia mrh saya. Dia suruh bawa je masalah ny nnti letih tu akan jdi 3kli nak jaga ayah mak and anak. Dia taknampak bnda tu . Letih nak handle tu macam mana. Sebab ayah saya jalan takboleh lama and mesti selalu nak ke tandas.

Mak plak ada masa ok ada masa tak okay.  Tapi suami saya takpaham bila dh ada kt situasi tu. Arrr stresss..  Macam saya cakap bab fmly saya dia memang takkisah and ambk remeh bila fmly dia saya turutkan sebab nak senangkan ht dia and fmky sampai saya korban apa je untuk fmly kecik kmi.Nak buat macam mana kalau dpt suami macam ni .

Dia smbyang taktinggal,selalu mengaji tapi bila bab isteri dia memang tak endah. Saya banyak kali bgtau rezeki smpit sebab takpernah nak bahagiakan isteri, selalu anggap isteri beban, takikhls belanja isteri pun takjalan. Bebuih cakap pun takjalan. Nak buat macam mana dpt suami macam ni. Beza saya dgn dia setahun. Saya tua dia muda setahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *