Lepas tu saya sambung mengintai lagi Rupa2nya dia sedang melakukan perkara yang tidak senonoh sambil membuat panggilan video melalui applikasi dengan perempuan

Assalamualaikum, saya nak luah dekat sini sebab nak minta pendapat dan kata2 semangat dari kawan2. ( maaf cerita saya ni macam karangan ) Saya berkahwin dengan suami saya tak sampai setahun pon lagi dan sedang mengandung 8 bulan setengah. Suami saya ni pendapat /pemikiran dia lain dari yang lain. Hanya saya sahaja dapat memahami dia, mak dia pon tak faham dia. Suami jenis tak suka main game, tak suka keluar dengan kawan2 kalau keluar pon dengan sepupu sepapat sahaja.

Hidup kami bahagia je sebelum ni. Makan, pakai, duit belanja semua cukup. Saya tinggal di rumah mak mertua saya dan suami saya anak tunggal, bapa mertua saya sudah tiada. Cerita dia begini, semasa mak mertua saya tiada di rumah, biasanya kalau saya bangun tidur selalunya suami mesti ada di luar (ruang tamu). Saya pernah tanya. kenapa baring dekat luar ? Dia menjawab sedap tidur bawah kipas lagi sebab air cond sejuk. Saya pon okay jela.

Pada suatu hari Allah tu nak tunjuk, biasalah ibu2 mengandung ni asyik nak tandas je kan, saya pon bangun untuk ke tandas dan lihat di luar dan ke dapur suami tiada. Saya ternampak pintu bilik mak mertua terbuka sikit, dan saya nampak suami saya terbaring di situ sambil tengok video. Hati mula pelik dan fikir bukan2 sebab tak pernah2 nampak suami tidur di bilik mak dia. Saya ke dapur dulu untuk ambik kekuatan, niat nak pergi toilet tadi terus terbatal sebab takut dia tersedar.

Lepas tu saya sambung mengintai lagi Rupa2nya dia sedang melakukan perkara yang tidak senonoh sambil membuat panggilan video melalui applikasi dengan perempuan (taktahu nama applikasi tu).
Ya Allah. luluhnya hati ini tuhan saja yang tahu.. saya mengandungkan anak dia sanggup dia buat macam ni. Selepas ternampak kejadian tersebut saya menangis dalam bilik sorang2 tanpa dia tahu dan tidak tahan dengan itu saya terus ke bilik itu dengan menanyakan abang buat apa ni ? sambil menangis teruk2.

Terus saya ke bilik saya mengunci diri sendiri. suami bergegas ambik kunci pendua, dia buka pintu bilik tu dan meminta maaf dan berkali2 dia menyalahkan diri sendiri dan siap sujud lagi di kaki saya. Dia kata lagi dia tiada perempuan lain, dia buat panggilan video tu melalui applikasi. Dia nak bercerita la lagi tapi saya taknak dengar. Hati saya cukup hancur.

Saya ni jenis lembut, agak manja, mudah terasa, hati tisu dan kuat merajuk. Tambah pulak sedang mengandung ni memang amatlah sensetif. Saya tanya dia, apa salah saya? Kenapa dia buat saya macam ni ? Dia cakap saya tak salah apa2 pon, saya sorang je faham dia,dia je yang bodoh buat benda macam tu. Dia kata lagi, dia minta maaf dia berdosa dengan Allah dan saya. Dia cakap jangan tinggalkan dia, dia akan lost kalau tiada saya. Dia cakap lagi saya lagi matang dari dia, saya je boleh bimbing dia( walaupun saya lagi muda dari dia 9 tahun)

Otak saya mula berfikir, adakah sebab saya sedang sarat mengandung dia jadi seperti tu ? ataupun sebelum berkahwin perangai dia memang macam tu? Saya tak kuat bila teringat apa yang saya nampak tu. Saya dari seorang yang happy go lucky jadi pendiam. Saya rasa tak selesa bila dia nak buat2 bersembang dengan saya. Saya sampaikan hendak bercakap pon tak pandang muka dia, sebab automatik teringat benda yang saya nampak tu. Sedih..air mata sentiasa keluar. Dia meminta maaf berulang kali, tapi saya tak balas apa2 pon. Berdosa ke saya ?

Tolong bagitahu saya kawan2 apa yang perlu saya buat. Saya tidak mahu cerita buruk2 pasal suami dekat keluarga mahupun mak mertua. Biar saya pendam sorang2 tapi saya perlukan kata2 semangat dari kawan2 semua. Saya sayang sangat2 suami saya tapi saya perlukan kekuatan untuk jadi seperti dulu balik. Mohon bagi kata2 semangat @ tips @ doa untuk saya amalkan. Terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top