Salam krt. Aku dah tak tahan tanggung perasaan ni sorang2. Da 20 tahun aku pendam. Aku pernah kenal seorang lelaki 20 tahun dulu. Dia cinta pertama aku. Kami berkawan.
Aku dapat rasa yang dia juga ada perasaan pada aku. cuma aku malu untuk luahkan. Begitu juga dia. Dia cuma bagi hint yang diapun sukakan aku. Waktu rehat dia tunggu aku untuk p lunch sama2. Bagi hadiah b. day bagai.
Belikan ubat kalau aku sakit. Tapi belum sempat aku luahkan isi ati aku pada dia. Dia telah bertukar ketempat lain. Selepas 3 bln dia ada dtg ketempat kerja lama dulu. Macam biasa . Dia cari aku dan ajak lunch sama2. Tapi aku masih tak terluah yang aku sukakan dia. Begitu juga dia.
Dan selepas itu dia pergi tanpa khabar berita. Aku masih tak boleh lupakan dia. 20 tahun itulah aku masih ingatkan dia. Walau aku da kawin dan punya ank aku masih ingatkan dia.
Sesak perasaan aku hanya Allah yg tahu. Aku pendam dan tak ada siapa yg tahu. Kadang aku menangis. Kadang aku termenung. Sering aku mimpikan dia. Wajah dia tak pernah padam dalam ingatan aku.
Masalahnya baru2 ni dia ada hubungi aku Katanya dia cari aku tapi bila dia tahu aku sudah berkawin dia terus diamkan diri dia pun dah kawin dan punya anak dan sekarang aku penasaran. Dia datang semula dalam hidup aku dengan pangkat kenamaan.
Aku malu sebab aku tak setaraf dengan dia. Aku layan dia hanya sebagai seorang kawan. Tapi hati aku tersiksa. masih basah ingatan aku pada dia. Dia juga masih macam dulu. TAK luahkan apa2 tapi ayat2 dia buat aku menangis sorang2. Aku sakit.
Sakit menanggung rasa yg sgt berat dalam dada ni. Makin aku cuba jauh dari dia. makin bayangan dia bermain dimata. Nk kecam aku kecamlah kerana rasa ini aku yg tanggung sorang2. Suami perasan perubahan aku.
Tapi aku tak pernah ceritakan apa2. Aku nekad utk setia dgn suami hingga hujung nyawa walau hati dan perasaan aku merana. Dan sekarang aku hanya mohon pada Allah. Buanglah dia dari ingatan aku.
Aku tak pernah minta bayangan dia bermain diingatan aku. Dan kepada mereka di luar sana. Andai ada perasaan pada seseorang. Luahkan. jgn pendam. Akibatnya jadi macam aku dan dia.
Aku tunggu dia mulakan dulu. Dan dia takut kalau aku tak terima dia. Sudahnya dua2 mengharap tanpa kesudahan. Moga hati aku kuat utk lenyapkan dia dari ingatan ni.