Nak dipendekkan cerita aku kenal la perempuan ni dan dia kata d4ra lepastu aku bawak la tolong dia sebab katanya orang susah

Asalamulaikum min. tolong hide fb ni. tak tau nak mula dari mane sebelum ni isteri saya ni baik je. kalau anugerah bini paling sport memang bini saya menang min. rasanya dialah bff dunia akhirat saya.

tapi sekarang semua dah berubah. mulanya haritu dia ade cakap bagi kalau aku nak kwin lain biasa la sambil2 gurau dia pon kata tak kisah janji dia pilih aku ape lagi min blink2 la ase. Aku ni pegawai beruniform boleh la Alhamdulillah.

Nak dipendekkan cerita aku kenal la perempuan ni dan dia kata d4ra lepastu aku bawak la tolong dia sebab katanya orang susah. mak ade masalah la. rumah kena ribut la. Aku ni baik hati min. Tolong la. nak buat bisnes. Semua atas nama pinjam.

Lepas tu bila aku tuntut hutang balik mula pompuan tu buat hal. block wasap dan call aku. nak jadi kan cerita. bini aku ni min jenis bukan cek telefon pon. tak tau macam mane dia boleh ternampak msg aku mintak hutang dengm pompuan tu..ape lg min. bergegar la rumah tangga aku..

Ko tau min, dalam masa 1 hari je bini aku punya la hebat. dia boleh dapatkan detail semua pasal pompuam tu bini orang anak 4 weh. aku kena kencing kat si j4l4g tu. siap alamat dan gambar dan fb semua. masa tu la kantoi.

Dan sekarang 200% totally bini aku berubah min. kalau dulu manja lembut. pendek kata layan aku memang macam raja lah. sekarang pantang salah sikit jadi singa. Kadang2 aku tak tahan. aku selalu doa minta allah lembutkam hati bini aku min.

Dia dah berubah terus dari aku kenal dulu..Dulu duit aku bagi dia tak usik pon. dia guna duit kerja dia. aku yang korek pakai. Sebab aku bagi kad bank aku kat dia. tak penah minta ape2.,semua dia usahakam sendiri.

Sekarang kalau dia suka barang je tak dapat memang gaduh macam nak memb0n0h min. pantang silap sikit memang singa. Aku rindu la min kat bini aku yg mnja dulu. bini yang paham aku tapi sebab silap langkah aku terpaksa trima semua ni.

Pompuan tu pulak siap cakap dengn bini aku dia dengn aku bercinta bagai nak rak. tak sangka niat baik aku lastly kena macam ni. Aku rindu kehidupan lama aku. family dulu. bini yang sayang aku bagai minyak yang penuh.

Aku tak tau lagi macam mane nak sejuk kan hati dia. Dia minta gelang aku beli. aku pergi oversea beli perfume mahal kat dia. Tapi semua tak boleh beli jiwa dia. dia still macam singa lagi.

tlong ajar saya macam mane nak lembutkam hati dia balik. Nak bagi dia lupe semua ni dan mulakam hidup baru. yang ade sekarang dah ckup terbaik..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *