Pernah kami gaduh dan dia lari balik rumah mak dia dalam masa yang sama dia mengadu nasib dkt ex wife di

Assalamualaikum min.. Tolong rahsiakan fb profile saya ya. Assalamualaikum ,saya sudah berkawin 1 tahun, dan dari awal perkahwinan sampai lah sekarang saya rasa tiada perubahan apa2 walaupun saya sudah ajak berbincang.

Saya ingin berkongsi sedikit dan bertanya sedikit kepada semua betul ke kalau prempuan dah kahwin, mak ayah kita tak ada kene mengena lagi?

Dan betul ke bila dah kahwin, kite je kene hormat suami, dengar masalah suami, jaga makan minum suami, faham suami, tutup aib suami tetapi suami tak pernah buat sedemikian malah cerita semua keburukan saya dekat family dia, kawan2 dia.

First kami nikah , saya sangat2 lah hormat pada dia, apa dia suruh saya buat, saya ikut, bila lama kelamaan saya jadi kasar dengan dia  sebab dari awl kahwin, dia tak pernah layan saya dengan baik

Pernah kami gaduh dan dia lari balik rumah mak dia dalam masa yang sama dia mengadu nasib dkt ex wife dia. Dia duda juga tapi belum ada anak. saya tahu pun dari ex wife dia juga dan ex wife dia yg screnshot semua wasap mereka berdua,

Saya pun kecewa juga, tak sampai setahun kami kahwin, dan saya selalu keliru, mana hak saya sebagai isteri, ape barang peribadi saya, kene beli sendiri ,dia malas kerja, dia tak bekerja, kami tinggal di hostel tempat kerja saya,

dia tak ade duit nak sewa rumah dia ajak juga duduk rumah mak mertua saya, tapi saya tak nak sebab mak mertua saya pun agak busy body juga, suka masuk campur hal kami,

kemana kami nak pergi dia mesti nak ikut dan dia suka cemburu, mana suami sy bawa saya atau beli kan saya apa2 ,dia mesti nak ikut dan nak juga, saya layan family dia macam family saya juga tapi suami saya tak pernah layan mak saya sebaik mcm saya layan mak dia.

Apa kan lagi nak tidur rumah mak saya ,memang sangat susah. dia suka pertikaikan tentang dosa saya jika tak ikut apa suami cakap tapi dia tak pernah fikir  tanggungjwab sebgai suami,

dia selalu keluar dengan kawan2. pergi konvoi motor lah, ape lah, bila saya ajak susah sangat , dan satu lagi, dia tak pernah ada waktu saya susah, akak saya je yg selalu tolong saya,

saya peniaga online dengan menjual baju di online lah saya ada income sikit untuk beli keperluan saya dan bayar apa yang patut. Suami tak pernah nak dengar masalah saya , sikit bantu pun tiada.

support saya niaga pun tidak, lagi lah kondem saya, hari2 saya sedih ,kenang nasib saya. Banyak lagi nak share. tapi setakat ini saja saya nak share..

Dan saya nak pendapat dari semua,apa patut saya buat,teruskan berumah tangga atau pun pilihan hidup sendiri, saya betul2 buntu, suami tak pernah hargai saya walaupun macam2 saya dah buat untuk dia . Tapi tetap salah saya je dia nampak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top