Assalamualaikum admin tolong hide profil saya..Saya tidak pernah termimpi untuk menjadi isteri kedua. Ya, siapakah antara kita yang memasang cita2 untuk terus berada di alam poligami? Berkahwin dengan suami orang? Umurnya dalam lingkungan lewat 30an. Saya mempercayainya.
Saya seorang janda mempunyai 2 orang anak punca perpisahan saya dan bekas suami adalah kerana orang ketiga. Jadi saya sangat menjaga diri saya supaya tidak terikat atau berkawan dengan suami orang.
Sudah 2 tahun lebih kami berkawan, tiba2 pada satu hari saya mendapat khabar bahawa dia adalah suami orang dan sudah pun mempunyai 2 anak. Mereka telah lama berkahwin sudah 18 tahun. Hati saya sangat sedih Tuhan je yg tahu.
Kami berjumpa dan dia meminta maaf kepada saya bukan niat dia untuk tidak jujur tetapi perasaan cintanya kepada saya dan tidak mahu kehilangan saya membuatkan dia terpaksa berbuat begitu.
Saya memaafkannya dan hati saya berbelah bahagi untuk meneruskan hubungan itu kearah perkahwinan. Saya sangat sedih dan tertanya2 kenapa Allah mempertemukan saya dan dia sedangkan Allah tahu saya tidak mahu perkara begini terjadi da.
Perkara ini saya ketahui setelah beberapa hari lagi kami merancang untuk bernikah. Ya ALLAH, moga ini hanya mimpi. Namun, terjaga dari tidur, saya ‘terpaksa’ memikirkannya kerana ternyata ini adalah ujian nyata yang ALLAH datangkan dalam hidup yang sementara.
Saya juga sama seperti kalian, ingin bernikah. Ingin menjadi isteri yang pertama. Bukan sekadar menjadi isteri pertama, tapi saya juga ingin menjadi satu-satunya isteri. Tetapi niat saya bukan ingin merampas dia dari isterinya. Saya telah ditipu selama 2 tahun.
Semua ini dia terpaksa lakukan kerana dia amat mencintai saya. Dia risau saya tidak mahu menerima cinta dia. Saya juga selama 2 tahun sangat mencintai dia. Saya sudah memafkan dia. Tak dinafikan dia mmg menjaga saya dan anak2 dengan baik.
Semuanya cukup sempurna. Tiada yang kurang. Saya juga tidak ingin suami saya mencintai dan menyayangi wanita lain. Saya tidak mampu. Begitu juga perasaan isterinya saya kira kalau dia tahu yang suaminya telah bernikah.
Saya sangat sedih memikirkan bagaimana perasaan isterinya. Tapi ternyata ketidak mampuan saya sangat sedikit berbanding kehebatan ALLAH mengatur setiap salur galur urusan makhluknya. Kami bernikah juga akhirnya tanpa pengetahuan isterinya.
Sudah setahun kami bernikah Saya sendiri merasakan jahatkah saya ni Ya Allah…. tetapi niat sy bukan untuk merampas. Niat saya dan dia bercinta untuk melangkah ke alam perkahwinan. Kami saling mencintai.
tidak pernah tahu dia suami orang kerana masanya kepada saya dan anak2 sangat sepenuhnya. Mungkin inilah takdir Tuhan.
Ada orang mengatakan “Dulu dia bercerai sebab tak boleh terima suaminya nak berkahwin lagi tapi sekarang, dia pun dah berkahwin semula dengan suami orang lain”. “ Dah tak ada orang lain ke..
orang bujang kan ramai lagi“Dah desperate sangat ke?“Kenapa mengganggu kebahagiaan orang lain.?”
Ya ALLAH, ampunilah mereka. sesungguhnya mereka tidak mengetahui Sedangkan para isteri pertama pula dikatakan tidak pandai menjaga suami, dan segala cakap-cakap lain yang mengganggu kesediaan dan ketenangan para isteri untuk meraikan alam poligami.
Para suami tidak kurang hebatnya dikecam, ‘g4tal’ dan ‘mi4ng’ gelaran biasa bagi suami yang berusaha membina rumahtangga seterusnya. ‘Kahwin kerana n4fsu’.. kata sebahagian orang pada para suami yang berhasrat bernikah lagi.
Apakah kita dan kalian semua yang berkahwin kali pertama, baik lelaki atau perempuan, bukan kerana didorong n4fsu dan perasaan ? Moga ALLAH mengampunkan dosa-dosa kita yang mudah melabel, berprasangkan buruk dan mengeluarkan kata-kata yang seandainya kita tahu redha dan murka ALLAH atas perkataan yang disebut, nescaya kita memilih untuk mengunci lidah dari berbicara.
“Tak cemburu ke?” inilah persoalan yang kerap diajukan kepada para isteri yang bermadu. Duhai teman, jika anda seorang perempuan yang normal, anda akan cemburu. Bukan cemburu sikit-sikit, boleh jadi cemburu sangat-sangat.
Kadar cemburu setiap orang itu berbeza-beza. Dan saya adalah perempuan normal itu. Dulu saya sangka sayalah wanita pertama di hatinya. Sekarang setelah saya tahu semuanya, dia ada dua orang wanita berbeza yang menyayanginya. Saya redha dan berserah segalanya kepada Allah.
Mungkin ini takdir hidup saya. Bagaimana die hendak berterus terang kepada isteri pertamanya saya pun tidak tahu.Hanya dia yang tahu dan kenal isterinya.. Saya rela meletakkan diri saya paling bawah anatara mereka kerana saya tahu isteri pertamanya dahulu yang bersusah payah bersama2 suami saya.
Alhamdulillah, dia adil dan tidak kurang kasih syg yang diberikan kepada kami walau pun terpaksa berkongsi kasih. Akhirnya saya memilih untuk redha dan bersyukur kepada Allah kerana mempertemukan kami.
Mungkin inilah takdir Allah yang telah tetapkan kepada saya dan anak2 saya. ALLAH lah yang memegang hati kita dan dengan rahmat ALLAH lah, perasaaan itu mampu kita terjemahkan dengan akhlak yang diredhainya.
Sekian perkongsian saya, Tak semua isteri kedua perampas Saya tak pernah bercita-cita nak bermadu Saya benci lelaki yang beristeri lebih dari seorang. Saya benci kecurangan. Tapi perkara yang kita tidak suka itu lah yang terjadi kepada saya hari ini.
Apa pun saya percaya ianya terjadi kerana kehendak Allah jua. Sebagai orang yang beriman tentu anda percaya kepada kadaq dan kadar. Dan itulah yang terjadi kepada saya. Sekadar perkongsian,jgn kecam sy ya…assalamualakum,tq admin.