Sehinggalah satu masa saya berjumpa dengan lelaki juga suami orang yang betul2 ikhlas sayangkan saya dan anak saya

salam min..saya nak mintak pendpat semua isteri2 diluar sana. Saya maseh bergelar isteri orang. setahun lebeh hampir 2 tahun la saya di g4nt0ng tak bertali. Saya dtinggalkn dengan seorang anak perempuan.

Si dia hilang tanpa berita semua ws fb wc saya sume dia block. Last anak saya dapat merasakn kasih sayang nya waktu umur 4 bulan.

hingga sekarang saya ingin menuntut hak saya sebagai seorang isteri dan ibu. Saya ingin dia lepaskn saya secara baik jabatan agama islam. tapi sidia langsung tak memberikn kerjasama.

Jarak ke jabatan agama islam dengan kampung saya bukan jarak yang dekat bahkn semuanya memerlukn duit tapi dia mengeluarkn ayat”tu semua bukan kemahuan aku”

jika tu bukan kemahuan nya. kenapa dia langsong tak nak bertnya khabar anknya. Dia lupakan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah. pernah sekali saya wasap dia. Saya suruh someone mintak no wasap dia, then saya bagi tau saya rindu dia. dia pon same.

Saya send gambar dan video anak saya walaupun dia tak mintak. Then saya tanya kenapa tak nak jalankan tanggung jawab sebai ayah. Then dia hilang macam tu je. Hampir 2 tahun min…saya di g4nt0ng tak bertali.

Jenuh saya menunggu. jenuh saya berendam mata tangisi semua yang jadi. menangis bila terkenang nasib anak saya.
Sehinggalah satu masa saya berjumpa dengan lelaki juga suami orang yang betul2 ikhlas sayangkan saya dan anak saya.

Dia ambil berat pada saya, tiap2 bulan beri keperluan pada saya, baju2 dan alat keperluan anak saya dia tanggung dan oleh kerana terlalu sayang, kami juga pernah terlanjur berkali2.

Kalau boleh saya taknak rosakkan rumah tangga dia, saya nak dia halalkan saya tanpa menyakiti mana2 pihak. Saya cuma nak tanya pendapat isteri2 diluar sana..

Saya masih isteri orang dan sekarang saya mencintai seseorang yang benar benar tulus bertahan dengan kami? SENTIASA ADA MENEMANI SAYA DI SAAT SAYA SENANG DAN SUSAH.. SENTIASA SUPPORT KAMI..SALAHKAH SAYA MENCINTAI DIA?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top