Sekarang saya mengandung lagi terlalu perlukan perhatian suami nak bermanja tapi ibarat saya ni tunggul kayu.

Salam. macam mana nak hidup tak kisah suami ada dengan kita ke tak. Hampir 4 tahun kawen masih tak boleh nak go dengan cara suami yang kerap keluar jumpa kawan2. dari hari pertama nikah suami taknak bermalam dirumah keluarga saya sebab segan. suami bekerja dekat kg saya. dari hari pertama bergelas isteri saya kerap ditinggalkan. duduk rumah mak saya. boleh dikira bape jam dia dirumah selebihnya di tempat kerja melepak. selepas 2 tahun berkahwin suami berenti keje dan berkerja di tempat lain tapi masih duduk ngan keluarga saya.

Hari2 boleh dikatakan bergaduh sebab dia takde masa ngan saya. lebihkan kawan. lebihkan benda lain dari saya sampai dh ad anak pun tabiat dia tetap sama. saya kerap menangis sebab nak kan perhatian dia. bila call dia berkali2 dia tak jawab. kata nak balik tapi tak sampai2 rumah. saya meraung menangis sendiri. keluarga selalu persoalkan kemana je suamii pergi. keluar malam balik subuh. kadang lewat balik keluar. kadang sampai tak balik kadang sampai pagi subuh baru balik.

Bila duduk sendiri tabiat dia tetap sama.. dan akan bergaduh. bila saya tegur jawapan boleh buat hati sakit. bila duduk sendiri dia nak keluar anak nak ikut boleh dikira dengan jari bape kali dia bawak. Sekarang saya mengandung lagi terlalu perlukan perhatian dia, nak bermanja tapi ibarat saya ni tunggul kayu. balik keje saya masak kadang saya amik anak. basuh baju mandikan anak. sidai baju. dia dengan hal dia. main hp kadang kawan dia datang dia layan kawan dia. dengan kereta dia.

Bila tak keje. celik mata hp yang dicari. baju saya basuh pakai tangan ngan badann sakit. dia kata nanti buat sampai saya yang akan buat sebab rimas berselera sana sini pinggan berlonggok kat singki. saya hanya nak perhatian dia.. saya nak rasa tak KISAH tu macam mana. LANTAK kau ada ke tak takde tapi saya tak boleh. bila saya dok sorang mesti menangis. bila saya luah pada dia. dia tak kisah. bila call dia time dia keluar suruh balik. jawappan dia ye jap lagi balik. tapi 2 3 jam baru sampai rumah. saya taktahu nak buat cara macam mana ..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top