Sepanjang saya mengandung sehingga lah anak saya berumur setahun 5 bulan tidak pernah satu sen pun dia berikan untuk pampers atau susu anak

Salam Admin, tolong siarkan. Saya perlukan nasihat orang ramai. Saya berumur 28tahun dan suami 29tahun. Kami mempunyai seorang anak lelaki berumur setahun. Kami berkahwin atas dasar cinta semasa di zaman university. Suami saya seorang yang menjaga solat, puasa dan segala amal ibadat lain. Cuma, dia mempunyai satu sifat yang saya tidak boleh terima iaitu dia tidak tahu menghormati orang lain, bercakap kasar dan kedekut (berkira).

Setiap kali keluarga saya datang ke rumah kami mesti suami akan rasa tidak tenteram. Semua perkara tidak kena di mata dia. Sebagai contohnya, jika tong sampah tidak digantikan plastik biru dia akan memerli semua orang terutamanya tetamu yang datang. Ya, perkara kecil la yang suami saya akan besar-besarkan. Bukankah agama menyeru kita untuk meraikan tetamu?

Sifat memerli dan bercakap kasar ini satu perkara yang mengguris hati saya dan keluarga. Saya di didik dalam keluarga yang meraikan tetamu. Bercakap sopan dan lemah lembut kepada keluarga dan orang luar. Tetapi saya dapat suami sebegini membuatkan saya rasa terguris dan sedih sangat. Seolah olah kami tidak sekufu dalam hal sebegini.

Suami saya seorang yang menjaga solat, puasa dan segala amal ibadat lain. Cuma, dia mempunyai satu sifat yang saya tidak boleh terima. Saya tidak kisah darjat dan pangkat gaji kami. Saya banyak mengalah dalam hal belanja dapur, bayar utilities rumah dan sebagainya. Sepanjang saya mengandung sehingga lah anak saya berumur setahun 5bulan tidak pernah satu sen pun dia berikan untuk pampers atau susu anak. Saya faham suami saya bergaji kecil, kerana itu saya tidak mendesak. Pernah saya suarakan untuk suami ambil bahagian belikan pampers anak namun suami terus mengherdik dan berkata dia bergaji kecil, takkan tak faham kondisi dan kewangan dia. Baik saya terpaksa mengalah.

Saya cuba untuk menegur suami perangai-perangai negative yang dia ada, tidak patut ditunjukkan pada orang luar. Tapi tambah diherdik pula saya. Beliau sangat kasar dan membuatkan hati saya lama kelamaan semakin keras. Saya tidak mahu meneruskan kehidupan dalam kekerasan sebegini. Saya rasa sisa sisa hidup saya terlalu berharga untuk disia-siakan dengan manusia seperti ini.
Suami saya jika bab kewangan baru dia akan tunjuk rasa hormat dan mula melayan seseorang tersebut. Sebagai contohnya jika keluarga saya hulur duit kepada suami, barulah suami akan berbaik baik. Ya, beliau ada sifat itu. Mata duitan.

Suami juga ada sifat kedekut yang amat. Tidak mahu keluarkan duit untuk perkara yang tidak melibatkan dirinya. Jika saya meminta belanja dapur, suami hanya akan hulur 2% daripada harga keseluruhan barang dapur. Dia akan berkata, dia cuma bayar untuk bahagian dia sahaja. Jika ingin membeli lebih-lebih rempah ratus dan sebagainya itu urusan saya. Saya faham suami gaji kecil. Saya faham sangat. Tapi dalam sesetengah perkara, jika orang suda belanja patut ucap terima kasih bukan mengungkit pemberian yang sedikit itu sampai ke hujung bulan.

Mungkin saya tidak pandai menjelaskan sifat kekerasan dan kedegilan suami saya dalam bentuk perkataan. Tapi apa yang saya cuba sampaikan saya suda cukup lama bertahan untuk harungi hidup dengan suami saya. Saya suda cukup bersabar hampir 5tahun dengan dia. Tolong nasihat saya dan berikan pandangan anda semua. Saya perlukan sokongan lagi-lagi di musim CMCO ini.
Terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top