Untuk pengetahuan semua saya pernah melamar perempuan tu untuk suami saya tapi masalahnya dia menolak

Assalamualaikum. Tolong hide profile sy. Saya guna fb kakak sayk. Saya seorg isteri yg didalam delima. masalahnya sekarang, suami seperti curang di belakang saya tetapi tak nak mengaku. Perempuan tu janda dan kawan baik suami semasa di kolej. Terkantoi apabila sy membaca semua msg di antara suami dan si kawan baik.

Pernah keluar bersama,belikan hadiah, makan malam bersama,video call sampai ke pagi. Saya yang di rumah ni bertungkus lumus menjaga anak2. suami pula seronok bermesra bersama kawan baik dia. tak fikir pun saya yang di sini.

saya sangat kecewa bila sy msg perempuan tu,dia cakap hanya kawan. Tak ada apa2 hubungan. normal ke kalau suami berkawan dgn kawan perempuan dia bermesra berlebih-lebihan?

Dan suami pun cakap benda yg sama. dia dgn kawan dia hanya “kawan” sahaja. memg normal kalau mengambil berat antara satu sama lain. Apa perlu saya buat. Saya hanya memikirkan anak2. kalau sy inginkan perpisahan bagaimana dgn nasib anak2.

Untuk pengetahuan semua saya pernah melamar perempuan tu untuk suami saya tapi masalahnya dia menolak. kerana katanya hanya kawan sahaja. Saya tak faham kenapa inginkan hubungan yg h4r4m sedangkan saya sudah sedia menghalalkan semua nya?

Apa yg perempuan tu nak sbrnya saya pun x faham. asyik call suami sy, share location, keluar bersama..”tapi katanya hanya kawan”..bagi warga KRT hubungan ni dinamakan apa sebenarnya?. apa perlu saya buat?

Saya pernah mengadu kepada mertua, kertua ada menegur si suami. Tapi si suami mengulangi, dia hanya berkawan sahaja dan mertua pulak suruh saya kunci mulut jgn mengadu dengan sesiapa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top